Jenis-jenis perpustakaan Perpustakaan

Perpustakaan negara

Perpustakaan Negara Iran.

Perpustakaan negara merupakan perpustakaan terbesar untuk sesebuah negara dan mempunyai koleksi terbanyak serta menjadi pusat rujukan utama. Kebanyakan perpustakaan negara juga dijadikan "Pusat Bibliografi Negara". Pengguna untuk perpustakaan negara adalah orang awam sama ada rakyat negara terbabit atau masyarakat luar (terutama penyelidik yang mahu membuat kajian terhadap negara terbabit). Belanjawan perpustakaan negara adalah di bawah kerajaaan yang mentadbir sesebuah negara itu. Contoh perpustakaan negara ialah Perpustakaan Negara Malaysia.

Perpustakaan akademik

Perpustakaan akademik di Johor, Malaysia.

Perpustakaan akademik merujuk kepada perpustakaan yang terdapat di institut pengajian tinggi dan koleksi-koleksinya berasaskan kursus yang terdapat di pusat pengajian tinggi tersebut. Ia dibuka kepada para pelajar, pensyarah dan penyelidik luar. Contoh perpustakaan akademik ialah Perpustakaan Universiti Sains Malaysia Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ, Universiti Teknologi Malaysia), Perpustakaan Tun Dr Ismail (UiTM, Johor) dan Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).


Perpustakaan awam

Perpustakaan awam di Melaka, Malaysia.

Perpustakaan awam merujuk kepada perpustakaan negeri. Perpustakaan awam dibiayai oleh kerajaan negeri masing-masing dan koleksinya adalah menyeluruh. Penggunanya adalah sama seperti perpustakaan negara tetapi ia lebih menekankan kepada masyarakat setempat. Contoh perpustakaan awam ialah Perpustakaan Awam Melaka.

Perpustakaan khusus

Kebanyakan perpustakaan khusus adalah perpustakaan yang dibina oleh syarikat-syarikat persendirian yang mempunyai koleksi berkaitan perniagaan mereka. Sebagai contoh Perpustakaan Khusus SIRIM yang mengandungi koleksi hanya berkaitan SIRIM sahaja. Penggunanya pula adalah kakitangan SIRIM dan penyelidik luar yang mahu maklumat mengenai SIRIM.

Pusat sumber

Apabila berkata mengenai pusat sumber, ia lebih merujuk kepada pusat sumber sekolah. Koleksinya pula hendaklah berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum dan ko-akademik sekolah. Namun permasalahan yang terdapat di dalam pusat sumber kini adalah kekurangan koleksi berbentuk ilmiah dan kebanyakan pusat sumber hanya menumpukan kepada koleksi berbentuk luar dari ilmiah seperti novel.

Pusat Sumber Sekolah bukan hanya sekadar bilik-bilik tertentu, tetapi keseluruhan prasarana yang terdapat di sekolah, bermula dari pintu pagar hingga ke seluruhan kawasan sekolah yang menjadi sumber pendidikan. Ianya termasuk bilik-bilik khas, taman-taman, kantin atau apa sahaja yang boleh dijadikan rujukan.

Selain daripada 5 jenis perpustakaan di dunia, terdapat pecahan kecil yang mengungkai cara perpustakaan-perpustakaan ini bergerak iaitu: